Sunday, September 4, 2011

Semakin tua semakin emo!

Di malam yg hening tatkala cuba utk memejamkan mata tiba2 teringatkan perasaan emo yg membuak didalam diri pagi tadi.

Punca emosi diri ini terganggu adalah kerana penat memandu selama 3 jam tanpa berhenti, seorang diri di pagi mulia hari raya yg ke 6. Setibanya di dalam kawasan Negeri Sembilan, tiba2 aku teringatkan ketidak adilan yg telah dilakukan kan oleh seseorg yg aku panggil "boss" terhadap diri ini beberapa bulan yg lalu. Aku menjadi marah hingga terasa mau "resign"!!

Ceritanya begini........

Semasuknya aku ke pejabat baru, aku telah mendapat seorg kawan yg juga memulakan hari pertamanya seperti aku dan bekerja dibawah boss yg sama seperti aku.

Tetapi dia merupakan anak emas kepada boss kerana paras rupa yg cantik. Dia mendapat segala kelebihan seperti mendapat kerja yg mudah2, dan juga berpeluang menghadiri semua meeting walaupun meeting itu berkenaan dgn sebut harga yg aku hasilkan.

Semasa dia ada, aku ada berasa cemburu, tetapi pada masa itu aku takut dgn perasaan cemburu itu kerana segan jika makna cemburu itu adalah kerana aku menyimpan perasaan kepada boss aku.

Beberapa bulan yg lalu dia meninggalkan kompeni itu. Setelah dia pergi, aku la org yg terpaksa menyambung kerja2 nya. Aku sgt marah hingga tanpa segan silu memaki di white board yg boleh di lihat oleh rakan sekerja kerana aku perlu menghabiskan kerja nya.

Pernah juga aku menghantar email yg menyakitkan hati kepada boss kerana tidak puas hati dgn keadaan aku yg perlu menghabiskan kerja org lain. Tapi aku tak rasa boss aku sedar akan perasaan marah ku itu. Dia hanya fikir aku ini mempunyai perasaan terhadapnya.

Nasib baiklah aku mempunyai seorg kawan yg ku kongsikan segala perasaan aku kepada nya dalam semua situasi. Aku meminta pandangannya tentang punca cemburu ku itu dan dia dapat melihat bahawa cemburu ku itu hanya berpunca dari ketidakadilan boss terhadapku walaupun pangkat aku dan perempuan itu sama tapi workload aku bnyak dan aku juga tidak dilayanan seperti dia!

Sewaktu outstation ke utara aku perlu memandu sendiri, tetapi ke selatan bersama perempuan itu dia bantunya memandu kereta tanpa complaint (meeting ini berkenaan quotation yg aku hasilkan dan perempuan itu tidak tahu apa2)! Dia mau ke sarawak membawa perempuan itu walaupun dia pernah menjanjikan bahawa SESCO adalah client aku....tetapi penghujungnya dia membawa aku atas pilihan kedua kerana perempuan itu sudah pun tender resignation.....

Begitulah tertekannya diriku sewaktu bekerja, tetapi aku pun tidak tahu kenapa aku boleh bertahan...

Dan sewaktu memandu seorang diri tadi, aku tertanya kenapa aku berdiam diri sahaja sewaktu aku diperlakukan seperti itu?

Suatu hari nanti aku kan meluah kan perasaan ini kepada boss aku, jika dia cuba utk membuli aku lagi kerana seorang perempuan yg dia minati, aku tidak akan teragak2 utk resign 24hours notice dan melaporkan ketidak adilan nya sewaktu exit interview. The only reason I am staying is because I love the nature of the work here and I worked in the previous company for a very short period, so I have to stay here for my reputation.

No comments:

Post a Comment